ELeague Tandatangani Perjanjian Berbilang Tahun Dengan Twitch

Ketika ESL sedang sibuk mempertahankan tindakan mereka memilih Facebook Live sebagai rakan penstriman utama selepas menerima kecaman komuniti Dota 2, sebuah lagi penganjur acara e-sukan ternama, Eleague kini mengumumkan penjanjian kerjasama berbilang tahun dengan laman Twitch bagi siaran kesemua acara liga dan kejohanan yang bakal dianjurkan mereka.

Ini termasuklah acara bagi permainan CS:GO, Rocket League, FGC dan lain lain permainan yang akan diertai pada masa akan datang. Perjanjian ini akan bermula dengan kejohanan ELeague Major Boston pada penghujung minggu ini.

Baca Juga :   Lebih 30 Syarikat Termasuk Riot, Twitch dan Blizzard Sertai The Fair Play Alliance - Mahu Hapuskan Pemain Berkelakuan Toksik

Keputusan ELeague ini diterima dengan positif oleh komuniti terutamanya selepas timbulnya isu ESL dan Facebook Live pada kejohanan Dota 2 ESL One Genting yang sedang berlangsung pada ketika ini. 

Sumber : Unikrn

Leave a Comment