QO Mengundur Diri Dari Pasukan Immortals – Umum Akan Berehat Dari Bermain Dota 2

Pemain posisi carry bagi pasukan Immortals, Kim “QO” Seon-yeop hari ini mengumumkan bahawa beliau telah melepaskan posisi beliau sebagai pemain pasukan tersebut dan akan berehat dari bermain Dota 2.

Menerusi pengumuman yang diterbitkan di laman Facebook beliau itu, QO berkata bahawa selepas tamatnya kejohanan The International 6, tenaga dan semangat beliau untuk bermain telah berkurangan.

Baca Juga :   Juara Bertahan, Virtus Pro Adalah Pasukan Pertama Dijemput Ke Kejohanan ESL One Hamburg 2018

Justeru itu, beliau mengumumkan akan berehat dari bermain untuk meluangkan masa mencari kembali semangat beliau. Beliau juga menyatakan bahawa beliau mungkin akan mencari peluang meneroka peluang lain selain daripada Dota 2.

Mengakhiri pengumuman tersebut, QO berkata bahawa beliau akan kembali bermain seandainya semangat beliau kembali pada masa akan datang. 

Leave a Comment

%d bloggers like this: