Ohaiyo Keluar Kenyataan – Dedah Kekecewaan Beliau Terhadap Cara Beliau Digantikan Oleh Pasukan Fnatic

Bekas pemain Fnatic, Khoo “Ohaiyo” Chong Xin hari ini telah mengeluarkan kenyataan berkaitan keputusan Fnatic mengugurkan beliau dari pasukan Dota 2 itu. Di dalam kenyataan tersebut, Ohaiyo memperlihatkan kekecewaan beliau terhadap cara pasukan tersebut mengeluarkan beliau dari pasukan.

Menurut Ohaiyo, keputusan mengantikan beliau dengan Universe sudah dimaklumkan kepada beberapa orang pemain lain beberapa hari sebelumnya. Namun begitu, beliau tidak dimaklumkan sehinggalah selepas mereka memenangi perlawanan akhir pusingan kelayakan kejohanan Bucharest Major.

Selepas memenangi perlawanan tersebut, kesemua ahli pasukan telah meraikannya dengan majlis makan malam bersama. Beliau kemudiannya dimaklumkan oleh Adam (Jurulatih) dan Eric (Pengurus) pada bahawa pasukan telah mengambil keputusan untuk mengantikan beliau dengan Universe.

Baca Juga :   OpTic Gaming Tandatangani 4 Orang Pemain, Fnatic Buka Permohonan Untuk Menyertai Pasukan Fortnite

Akibat daripada itu, Ohaiyo merasakan bahawa beliau telah dipergunakan oleh pasukan tersebut kerana menyembunyikan keputusan mengantikan beliau dan tidak menggunakan Universe yang telah tiba di Malaysia dan hanya memberitahu mengenainya selepas beliau membantu pasukan melayakkan diri ke kejohanan Bucharest Major.

Ramai peminat juga meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap pasukan Fnatic selepas pendedahan ini. Cara pasukan Fnatic mengendalikan situasi ini dilihat amat tidak profesional dan hanya mementingkan diri mereka sendiri.

Leave a Comment

%d bloggers like this: