Universe Sah Ganti Ohaiyo Dalam Pasukan Fnatic

Fnatic secara rasminya telah mengesahkan bahawa  Saahil ‘UNiVeRsE’ Arora bakal mengantikan Chong Xin ‘Ohaiyo’ Khoo sebagai pemain offlane baharu pasukan itu.

Walaupun prestasi pasukan itu tidak terlalu buruk sejak Abed menyertai pasukan itu, Fnatic menyatakan bahawa persefaham pasukan itu dan Ohaiyo ketika adalah berbeza dan beliau sering kali terpaksa bermain diluar ruang selesa beliau.

Oleh yang demikian, Fnatic merasakan keputusan mereka mengamil niverse sebagai pemain baharu adalah pilihan yang tepat bagi membawa pasukan itu ke tahap yang lebih baik.

Keputusan itu bagaimanapun menerima respon buruk daripada peminat pasukan Fnatic yang kebanyakkannya berasal dari Asia Tenggara. Ohaiyo menyertai pasukan Fnatic pada tahun 2015 bersama sama dengan skuad Team Malaysia.

Baca Juga :   Fnatic Gugur Pasukan Overwatch Mereka - Vonethil Kekal Sebagai Streamer

Beliau kekal bermain dengan pasukan tersebut walaupun tunjang utama pasukan itu sebelum ini, Mushi mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Fnatic dan menyertai pasukan Mineski.

Ohaiyo akan kekal dibawah organisasi Fnatic buat masa kini namun diberikan kebebasan untuk mencari pilihan lain. Fnatic turut sama memaklumkan bahawa mereka juga akan membantu Ohaiyo mencari peluang lain sebagai pemain dan akan terbuka untuk bekerja bersama beliau seandainya beliau mengambil keputusan untuk terus kekal di bawah organisasi Fnatic.

Sumber : Fnatic

Leave a Comment

%d bloggers like this: