Team Empire Dan LFY Turut Sama Batal Penyertaan Kejohanan Galaxy Battles II

3 hari menjelang bermulanya kejohanan Galaxy Battle II, dua buah pasukan lagi telah mengumumkan penarikan diri mereka dari kejohanan tersebut iaitu pasukan Empire dan LGD.Forever Young.

Pasukan Empire menyatakan keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira keadaan pemain mereka yang kurang sihat. Mereka merasakan bahawa perjalanan jauh ke Filipina akan memburukkan lagi keadaan pemain mereka sekaligus memutuskan untuk menarik diri dari kejohanan ini.

Baca Juga :   Mineski Bawa Pulang Gelaran Juara Major Pertama Untuk Pasukan Dari Asia Tenggara - Juarai DAC 2018

BACA : Valve lucut status major daripada kejohanan Galaxy Battles II

Dua pasukan ini menyertai 7 lagi pasukan yang telah menarik diri sebelum ini akibat daripada penarikan status major oleh Valve. Pasukan pasukan tersebut adalah OpTic Gaming, Team Secret, Team Liquid, Mineski, Virtus.Pro, Newbee dan Kinguin.

Leave a Comment