Fnatic Dota : Ohaiyo Telah Digantikan Dengan Universe?

Pemain terakhir dari skuad asal Fnatic selepas mengambil alih pasukan Team Malaysia pada tahun 2015, Khoo “Ohaiyo” Chong Xin dilaporkan telah dilepaskan daripada pasukan itu dan bakal digantikan oleh bekas pemain Evil Geniuses iaitu Saahil “UNiVeRsE” Arora.

Keputusan itu mengejutkan pelbagai pihak kerana pasukan itu baru sahaja melayakkan diri ke kejohanan major ESL One Katowice. Walaupun tidak setanding pasukan Liquid, Virtus.Pro atau Secret, pasukan Fnatic pada ketika ini boleh dikatakan bermain dengan agak baik berbanding dengan skuad tahun lalu.

Pasukan itu baru baru ini berjaya memperoleh tempat kedua di kejohanan Dota 2 Summit 8. Ramai peminat terutamanya yang berasal dari Asia Tenggara meluahkan perasaan tidak bersetju dengan keputusan ini di laman reddit dan Twitter. 

Baca Juga :   Kiev Major - OG dan Virtus.Pro Mara Ke Final

Beberapa pemain dan personaliti Dota 2 turut sama berduka dengan keputusan yang diambil terhadap Ohaiyo ini. Fnatic bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan ini.

feelsbadman 😢

— Djardel Mampusti (@DjardelJicko) January 12, 2018

ohaiyo =(

— iceiceice (@iceiceicedota) January 12, 2018

so sad for ohaiyo

— TIMS (@TimsDOTA) January 12, 2018

Gl to @ohyohyohy one of the best offlaners in the world imo.

— NoiA (@NoiADJ) January 12, 2018

Leave a Comment

%d bloggers like this: