Epicenter XL Diumumkan – Kejohanan Dota 2 Bertaraf Major Di Rusia

Sebuah lagi kejohanan  bertaraf major bagi Dota 2 Pro Circuit kini diumumkan secara rasmi iaitu kejohanan Epicenter XL oleh Epic Esports Events. Kejohanan ini merupakan kejohanan Epicenter ketiga yang akan dianjurkan untuk permainan Dota 2 dan ia akan diadakan pada pertengahan tahun ini iaitu bermula pada 14 April  sehingga 6 Mei.

Baca Juga :   Feero Sertai Complexity Untuk Kejohanan Epicenter

Kejohanan ini akan bertempat di VTB Ice Hall, Moscow, Rusia dan bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD1,000,000 dan 1500 mata kelayakan DPC.

Kejohanan ini bakal mempertandingkan 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Dua pasukan telah menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut iaitu pasukan Liquid dan Virtus.Pro.

Leave a Comment