OpTic Gaming Pasukan Ke Empat Batal Penyertaan Kejohanan Galaxy Battles II

Sebuah lagi pasukan kini secara rasminya telah membatalkan penyertaan mereka pada kejohanan Galaxy Battles II iaitu OpTic Gaming. Pasukan itu merupakan pasukan ke empat yang berbuat demikian selepas pasukan Liquid, Secret dan Virtus.Pro mengumumkan perkara yang sama sebelum ini.

Galaxy Battles II yang bakal berlangsung pada 15 Januari ini telah digugurkan daripada Dota 2 Pro Circuit oleh Valve dan kini bukan lagi sebuah kejohanan bertaraf major dan tidak lagi menawarkan sebarang mata kelayakan DPC.

Keputusan tersebut diambil selepas Valve tidak bersetuju dengan polisi terbaru Philipines Games and Amusements Board (Lembaga Sukan dan Permainan Filipina, GAB) yang memerlukan pemain mendapatkan permit lesen dan ujian penyalahgunaan dadah untuk bermain di Filipina.

Baca Juga :   Pemain CSGO OpTic India Ditangkap Menipu Di Kejohanan eXTREMESLAND 2018 Asia Finals

Leave a Comment