Senarai Pemenang Anugerah Steam 2017 (Steam Awards) Didedahkan

Senarai Pemenang Anugerah Steam 2017 (Steam Awards) Didedahkan

Senarai pemenang anugerah tahunan Steam Awards 2017 kini telah didedahkan. Komuniti dan pengguna Steam telah mengundi permainan kegemaran mereka setelah Valve mengumumkan senarai calon bagi setiap kategori pada 21 Disember lalu. 

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap ketegori yang dipertandingkan:

Choices Matter – The Witcher 3: Wild Hunt 

Anugerah ini diberikan kepada permainan yang memberikan pemain pelbagai pilihan semasa bermain. Setiap pilihan yang dipilih akan memerikan kelainan pada jalan cerita, senario dan pengakhiran permainan tersebut.

Mom’s Spaghetti – Playerunknown’s Battlegrounds

Diberi nama dari lirik lagu Eminem – Lose Yourself, anugerah ini diberikan kepada permainan yang memberikan pemain perasaan gementar dan takut terbaik semasa bermain. Perasaan gementar ini boleh berlaku semasa pertarungan sengit ataupun semasa situasi tegang berlangsung.

Labor of Love – Warframe 

Anugerah ini pula diberikan kepada permainan yang telah dilancarkan untuk jangka masa yang agak lama namun masih menerima kemaskini dan sokongan yang tidak henti daripada pembangunanya.

Suspension of Disbelief – Rocket League 

Permainan video tidak emmerlukan hukum hakam dunia untuk ia menjadi kenyataan. Di dalam dunia permainan video, segalanya boleh berlaku. Anugerah ini diberikan kepada permainan yang mempunyai elemen penting yang tidak masuk akal namun tidak akan dipedulikan dan tidak dirasa janggal oleh pemain ketika mereka sedang bermainnya.

No Apologies – The Witcher Enhanced Edition 

Tiada maaf diperlukan. Anugerah ini diberikan kepada permainan yang menerima cinta pemain tanpa mengira kekurangan permainan tersebut. 

The World Is Grim Enough, Let’s Just All Get Along – Stardew Valley 

Baca Juga :   Kurier Amaterasu Kini Boleh Didapati Pada Dota 2 Dengan Setiap Pembelian Okami HD Di Steam

Tahun 2017 telah berlangsung dengan pelbagai konflik di serataa dunia. Oleh yang demikian, anugerah ini diberikan kepada permainan yang tidak mempunyai sebarang konflik mahupun pertarungan.

Defies Description – Garry’s Mod 

Kadang kala, ada perkara di dunia ini yang tidak mampu diterangkan. Hanya perlu dimainkan.

Cry Havoc and Let Slip the Dogs of War – Just Cause 3 

Sesebuah permainan tidak memerlukan letupan besar untuk berjaya. Permainan ini memberikan sesuatu yang lebih baik iaitu potensi. Tiada siapa yang akan mengarahkan anda, andalah penentu segalanya.

Haunts My Dreams – Counter-Strike: Global Offensive 

Mimpi? Permainan ini bukan saja akan menhantui mimpi anda, malah akan menghantui hidup seharian anda. Permainan ini memerlukan masa dan anda akan memberikannya secara rela.

Soul of Vitruvius – Rise of the Tomb Raider 

Tidak kira alien, haiwan, robot atau apa sahaja, anugerah ini diberikan untuk menyambut karekter yang dicipta dengan penuh kasih sayang.

Whoooaaaaaaa, Dude! 2.0 – The Evil Within 2 

Terpegun. Whoaaaaaa, dude!

Best Soundtrack – Cuphead 

Muzik latar merupakan salah satu elemen terpenting di dalam permainan video. Muzik yang bersesuaian akan menjadikan sesebuah senario dan keadaan di dalam permainan video menjadi sempurna.

Even Better Than I Expected – Cuphead 

Dalam hidup ini, sering kali kita silap dalam anggapan kita. Anugerah ini diberikan kepada permainan yang melangkaui jangkaan anda semasa bermula memainkannya.

Leave a Comment