Xiao8 Tubuh Big God 2.0 – Dibarisi Pemain Veteran Seperti Ferrari_430 dan BurNIng

Siapa tidak kenal dengan Director 8, kapten lagenda Dota 2 dari rantau China.  Zhang “Xiao8” Ning menerusi laman Weibo beliau secara rasminya mengumumkan bahawa beliau akan kembali ke dunia kompetitif Dota 2 dengan pasukan yang baru ditubuhkan iaitu Big God 2.0.

Pasukan tersebut akan dibarisi oleh beberapa orang pemain veteran terkenal iaitu  Xu “BurNIng” Zhilei, Luo “Ferrari_430” Feichi, Li “chisbug” Chen dan pendatang baru Shen ‘无敌’ Chao.

Baca Juga :   Selepas 12 Hari, Jumlah Hadiah Kejohanan The International 2018 Kini Menghampiri Angka RM40 Juta

Walaupun baru bermain Dota 2 bermula pertengahan tahun lalu, Shen Chao merupakan pemain yang hangat diperkatakan kerana mempunyai skill permainan yang tinggi dan berjaya memperoleh 8,000 MMR sebelum ini.

Gabungan pemain veteran dan pemain baharu yang berbakat ini mungkin merupakan resepi yang mampu menjadikan pasukan ini sebagai pasukan baharu di China yang akan memberikan saingan kepada pasukan ternama lainnya.

Sumber : Cybersports

Leave a Comment