Senarai 16 Pasukan Yang Akan Bertanding Di Kejohanan Minor ESL One Genting Kini Lengkap

Pasukan VG.J Thunder menjadi pasukan terakhir mengesahkan tempat ke kejohanan Dota 2 Minor ESL One Genting 2018 selepas menewaskan pasukan Newbee.M pada pusingan kelayakan rantau China.

VG.J Thunder akan menyertai 15 lagi pasukan yang telah mengesahkan tempat pada kejohanan tersebut iaitu Virtus.Pro, Fnatic, Mineski, TNC Pro Team, Penta Sports, Team Liquid, Newbee, Evil Geniuses, Team Secret, Vici Gaming, Planet Dog, Natus Vincere, Complexity Gaming, LGD.Forever Young dan SG Esports.

Baca Juga :   Malaysia Cyber Games 2018 - RM300,000, 9 Buah Permainan Termasuk Dota 2, PUBG dan Mobile Legends

ESL One Genting akan di adakan di Arena of Stars, Genting Highland sebagai kejohanan bertaraf minor di dalam Dota 2 Pro Circuit. Ia menawarkan hadiah sebesar USD400,000 dan 400 mata kelayakan DPC . Ia akan melibatkan 16 pasukan dengan format penyingkiran tunggal pada pusingan playoff pada 23 sehingga 28 Januari 2018.

Leave a Comment

%d bloggers like this: