PUBG Akhiri 2017 Dengan Lebih 3.1 Juta Pemain Serentak Di Steam, Lebih 1.5 Juta Pemain Digantung Kerana Aplikasi Penipuan

Permainan sensasi tahun ini, PlayerUnknown’s Battlegrounds mengakhiri tahun 2017 ini dengan mencapai rekod baharu dengan memperoleh jumlah pemain serentak melebihi 3.1 juta orang di platfrom PC (Steam).

Dilancarkan secara rasminya untuk versi 1.0 di PC pada 21 Disember lalu, ia merupakan satu satunya permainan di platform Steam yang pernah mencapai angka tersebut. Jumlah pemain permainan ini meningkat dari hari ke hari terutamanya dari negara China.

Sumber : SteamSpy

Walaupun rekod ini amat membanggakan, ia agak sukar untuk dibandingkan dengan permainan dengan pemain serentak tertinggi di tempat kedua dan ketiga  di Steam iaitu CS:GO dan Dota 2 kerana kedua dua permainan tersebut mempunyai pelayan khas untuk negara China yang dikendalikan oleh syarikat Perfect Worlds.

Dengan Tencent bakal mengendalikan permainan itu di China, mungkin dengan adanya pelayan khas untuk negara China nanti, perbandingan sebenar dapat dilakukan dengan permainan lain di Steam. Namun, pencapaian permainan yang dibangunkan oleh syarikat Bluehole itu masih lagi dibanggakan kerana pelbagai rekod yang dicipta sepanjang ia berada di dalam program akses awal dari bulan Mac lalu.

Baca Juga :   PUBG Atasi Dota 2 Bagi Jumlah Pemain Serentak Tertinggi Di Platform Steam

Selain daripada itu, program anti aplikasi penipuan yang digunakan PUBG, BattlEye melaporkan bahawa sudah lebih 1.5 juta orang pemain telah digantung daripada permainan tersebut kerana menggunakan aplikasi penipuan.

Kepopularan permainan ini menyebabkan masalah pengunaan aplikasi penipuan ini agak menjengkelkan pemain pemain permainan PUBG kerana jumlah mereka yang agak tinggi terutamanya dari negara China.

Pembangun PUBG juga menegaskan bahawa merkea komited dalam usaha untuk mengurangkan dan mengahalang pengunaan aplikasi sedemikian rupa di dalam permainan mereka.

Update on the number of PUBG bans: 1,500,000.

— BattlEye (@TheBattlEye) December 28, 2017

Leave a Comment

%d bloggers like this: