Valve Didenda Lebih RM9 Juta Selepas Mengelirukan Penguna Australia

Valve dilaporkan telah didenda sebanyak lebih RM9 Juta (AUD3 Juta) oleh Australian Competition & Consumer Commission (ACCC) akibat daripada mengelirukan pengguna mereka.

Kes tersebut bermula  pada tahun 2014 apabila pengguna Steam di Australia memfailkan rungutan kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) kerana tidak menawarkan bayaran semula (refund) kepada pengguna mereka pada ketika itu. Walaupun kini mereka mempunyai fungsi untuk menawarkan bayaran semula, Steam pada ketika itu masih belum memiliki fungsi tersebut.

Mahkamah Persekutuan Australia mendapati bahawa penjanjian terma dan syarat, polisi bayaran balik Steam mengandungi maklumat yang salah atau mengelirukan pengguna tentanghak pengguna untuk mendapatkan bayaran semula sekiranya ia tidak menepati kualiti yang berpadanan.

Baca Juga :   Dota 2 : Treasure of the Venerable One Diperkenalkan Dengan 20% Diskaun Bersempena Dengan Singles Day

Akibat daripada itu, pada tahun 2016, Valve telah diarahkan untuk membayar denda tersebut kerana melanggar undang undang pengguna Australia. Valve telah mengemukakan rayuan kepada kes tersebut namun ia telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan Australia.

Mahkamah turut sama mengarahkan Vavle untuk melakukan perkara berikut :

  • Memaparkan hak pengguna Australia pada laman web mereka selama 12 bulan,
  • mengimplimentasikan program pematuhan pengguna untuk sistem dan staf mereka,
  • tidak melakukan representasi yang sama kepada pengguna Australia selama 3 tahun.

Sumber : PCGamesN / ACCC

Leave a Comment

%d bloggers like this: