Dota 2

PGL Dedah 5 Lagi Pasukan Jemputan Kejohanan Bucharest Major Termasuklah Virtus.Pro dan Team Secret

3 tahun lalu

PGL Dedah 5 Lagi Pasukan Jemputan Kejohanan Bucharest Major Termasuklah Virtus.Pro dan Team Secret

Selepas mendedahkan lima pasukan pertama yang dijemput ke kejohanan Bucharest Major 2018 semalam,  PGL hari ini mendedahkan baki lima pasukan lagi melengkapan senarai 10 pasukan yang menerima jemputan.

Lima pasukan tersebut adalah juara dan naib juara Dota Summit 8, Virtus Pro dan Team Secret, diikuti oleh pasukan Complexity, Vici Gaming dan LGD.Forever Young (LFY).

Baca Juga :   Wings Gaming Kedua? Team Serenity Cipta Kejutan Jadi Pasukan Pertama Lepasi Pusingan Kelayakan The International 2018

Kesemua sepuluh pasukan yang menerima jemputan ini akan disertai oleh 6 lagi pasukan dari setiap pusingan kelayakan rantau meliputi Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, China, Asia Tenggara dan CIS.

Bucharest Major akan menyediakan hadiah sebesar USD1,000,000 dan 1500 mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit. Ia akan diadakan di bandar Bucharest, Romania pada bulan March 2018 kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments