Neta “33” Shapira – Pemain Baharu Pasukan Dota 2 OpTic Gaming

Sejurus selepas membantu pasukannya, Planet Dog melayakkan diri ke kejohanan ESL One Genting, Neta “33” Shapira disahkan telah meninggalkan pasukan itu untuk menyertai pasukan OpTic Gaming.

Perpindahan tersebut diumumkan oleh kapten pasukan OpTic Gaming, iaitu Peter ‘PPD’ Dager. Neta akan bermain di  posisi support 4 mengantikan Misery yang telah meninggalkan OpTic Gaming untuk menyertai pasukan Evil Geniuses.

33 akan menyertai pasukan itu di Texas selepas tahun baru ini bagi bermain untuk pusingan kelayakan sebelum terbang ke Filipina untuk bertanding pada kejohanan The Galaxy Battles. Sekiranya beliau bermain dengan aik pada kejohanan kejohanan ini, ia akan menentukan sama ada beliau akan kekal bermain bersama OpTic Gaming atau tidak.

Baca Juga :   OpTic Gaming Tandatangani 4 Orang Pemain, Fnatic Buka Permohonan Untuk Menyertai Pasukan Fortnite

Pemain muda yang berasal dari Israel itu sebelum ini berjaya melayakkan diri ke kejohanan The International 2017 namun gagal memperoleh keputusan yang baik. Dengan perpindahan beliau ke pasukan OpTic Gaming di bawah salah seorang kapten terbaik permaiann Dota 2, peluang ini sudah pasti dapat membantu beliau menjadi pemain yang lebih baik dan meningkatkan nama beliau di dalam dunia kompetitif Dota 2.

Leave a Comment

%d bloggers like this: