Dreamleague Kembali Untuk Musim Ke-9 – Juara Bertahan, Team Secret Pasukan Pertama Terima Jemputan Terus

Dreamhack hari ini mendedahkan bahawa kejohanan Corsair Dreamleague akan kembali untuk musim ke-9 sebagai salah sebuah kejohanan minor bermula pada bulan Februari 2018 kelak.

Kejohanan kali ini akan menyaksikan dua pasukan menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut berserta dengan 6 pasukan daripada pusingan kelayakan di rantau rantau utama. Menurut Dreamhack, pasukan yang dijemput adlaah berdasarkan pada papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit dimana pasukan pertama adalah juara Dreamleague Musim Ke-8 iaitu Team Secret.

Baca Juga :   QO Mengundur Diri Dari Pasukan Immortals - Umum Akan Berehat Dari Bermain Dota 2

Bagaimanapun, pasukan kedua yang menerima jemputan terus masih belum didedahkan pada ketika ini. Kejohanan bertaraf minor ini akan menawarkan hadiah sebesar USD300,000 dan 300 mata kelayakan DPC. Pusingan akhir kejohanan ini akan diadakan pada 21-25 Mac di Studio Monster Energy DreamHack yang terletak di Stockholm, Sweden.

Leave a Comment

%d bloggers like this: