Mineski, Liquid, Navi Antara Pasukan Yang Telah Dijemput Ke Kejohanan The Bucharest Major 2018

Sebuah lagi kejohanan bertaraf major kini telah didedahkan kali ini ia akan dianjurkan oleh PGL iaitu The Bucharest Major. Seperti mana namanya, kejohanan kali ini akan diadakan di bandar Bucharest, Romania pada bulan March 2018 kelak.

Bersama sama dengan pengumuman ini adalah 5 pasukan pertama daripada senarai 10 pasukan yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut. Pasukan pasukan tersebut adalah Natus Vincere, Evil Geniuses, Team Liquid, Mineski dan Newbee.

Baca Juga :   Newbee, LFY Mara Ke Pusingan Tiga Terbaik - Ringkasan Hari Ketiga Acara Utama The International 2017

Bersama sama dengan 10 pasukan jemputan tersebut adalah 6 pasukan dari setiap pusingan kelayakan rantau rantau utama menjadikan kejohanan ini melibatkan 16 buah pasukan keseluruhannya. Seperti kebiasaannya, kejohanan bertaraf major ini mempersembahkan hadiah sebesar USD1,000,000 dan 1500 mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit. 

Leave a Comment

%d bloggers like this: