Peta 5v5 Vainglory – Sovereign’s Rise Diperkenalkan Secara Rasmi

Hari terakhir kejohanan Vainglory Worlds 2017 memperlihatkan SEMC memperkenalkan peta 5 lawan 5 secara rasmi bagi permainan itu. Peta yang diberi nama sebagai Sovereign’s Rise itu turut diperlihatkan melalui perlawanan persembahan khas sebelum bermulanya perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Walaupun rekaan tidak banyak berbeza dengan permainan seumpamannya seperti peta untuk permainan Mobile Legends dan Arena of Valor. Namun begitu, enjin permainan Vainglory, Evil Engine membuktikan kehebatan dan kelebihannya berbanding dengan permainan lain.

Sovereign’s Rise hadir dengan sokongan 120 fps, lebih 200 animasi dan efek khas dan lebih 3 juta poligon dijana oleh Evil Engine. Selain daripada itu, beberapa penambahan seperti fngsi teleportasi, objektif baharu, naga turut ditambah kedalam mod  permainan tersebut. SEMC turut sama menyatakan bahawa peta tersebut masih berada di dalam tahap alfa dan masih sedang dibangunkan. 

Baca Juga :   SEMC Gantung Akaun Pemain Yang Mengeskploitasi Penggunaan Essense

SEMC menjanjikan apabila ia dilancarkan kepada umum pada bulan Februari kelak pada kemaskini 3.0, lebih banyak perkara menarik akan ditambah kedalam peta tersebut. SEMC turut mengesahkan bahawa peranti yang mamp menjalankan Vainglory 3v3 pada ketika ini secara umumnya akan turut sama mampu menyokong mod permainan 5v5 secara lancar.

Secara rasminya, peranti dengan pemproses dual core dan 2 Gb memori disokong secara rasmi. Ini termasuklah Iphone 5 dan ke-atas dan Android 4,1 dan ke-atas.

Leave a Comment

%d bloggers like this: