ESL Umum Mineski Events Team Sebagai Rakan Kongsi Penganjuran ESL One Genting 2018

ESL hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melantik Mineski Events Team Malaysia sebagai rakan kongsi bagi penganjuran kejohanan minor ESL One Genting 2018.

ESL menyatakan bahawa lebih 10,000 orang peminat telah menghadiri kejohanan ESL One 2017 pada bulan Januari lalu. Oleh yang demikian, kepakaran MET MY yang sebelum ini telah terlibat di dalam pengajuran kejohanan  Selangor Cyber Games dan Malaysia Cyber Games akan membantu ESL menganjurkan kejohanan kali ini dengan lebih lancar.

Baca Juga :   Mineski - Pasukan Pertama Melayakkan Diri Ke PGL Open Bucharest

ESL One Genting akan di adakan di Arena of Stars, Genting Highland sebagai kejohanan bertaraf minor. Ia menawarkan hadiah sebesar USD400,000 dan 400 mata kelayakan dota 2 Pro Circuit. Ia akan melibatkan 16 pasukan dengan format penyingkiran tunggal pada pusingan playoff pada 23 sehingga 28 Januari 2018.

Leave a Comment

%d bloggers like this: