Victoria Sekali Lagi Diturunkan Ke Bangku Simpanan Pasukan LGD Gaming – Kali Ini Bukan Kerana Sakit

Pemain pasukan LGD Gaming, Chen “Victoria” Guanhong sekali lagi diturunkan ke bangku simpanan pasukan tersebut, kali ini bukan kerana kembali jatuh sakit, namun kerana prestasi buruk semasa bertanding di kejohanan The Perfect World Masters dan MDL Macau.

Posisi beliau akan diganti oleh QQQ (Yao ‘357’ Yi) yang turut sama mengisi kekosongan posisi tersebut semasa Victoria berehat untuk mengubati penyakit Pankreatitis Akut pada bulan Oktober lalu.

Baca Juga :   Newbee Menjadi Finalis Pertama The International 2017

Perubahan ini telah pun berkuatkuasa dengan paskan itu kini sedang bertanding di kejohanan The Summit 8 : Winter WonderLan.

LGD Gaming :

  • Wang “Ame” Chunyu
  • Xu “fy” Linsen
  • Yao “Somnus丶M” Lu
  • Yao “Yao” Zhengzheng
  • Yao “QQQ” Yi (Jurulatih / Pemain Gantian)
  • Chen “Victoria” Guanhong (Simpanan)

Leave a Comment

%d bloggers like this: