Kemenangan Overwatch Sebagai Esukan Terbaik Di The Game Awards 2017 Terima Kritikan Komuniti

Esukan terbaik bagi tahun 2017. Itulah anugerah yang telah diterima oleh permainan Overwatch di acara The Game Awards 2017. Nmaun begitu, anugerah tersebut kini menerima kritikan ramai pihak yang merasakan bahawa Overwatch tidak layak untuk menerimanya.

Walaupun Liga Overwatch bakal bermula tidak lama lagi, komuniti merasakan bahawa aspek esukan permainan adalah tidak setanding dengan permainan lain yang dicalonkan seperti Dota 2, League of Legends dan Counter Strike : Global Offensive.

Pada tahun ini, Overwatch menerima kritikan apabila para  penonton merasakan permainan tersebut masih sukar untuk ditonton dan perlu ditambah baik. Selain daripada itu, sepanjang tahun ini, pelbagai organisasi telah membubarkan pasukan Oevrwatch mereka. Hanya organisasi yang terlibat dengan Liga Overwatch dilihat memfokuskan pembangunan pasukan Overwatch mereka.

Baca Juga :   Kiev Major - EG, VP, OG dan IG Mara Ke Separuh Akhir

DI laman subreddit Overwatch sendiri, para peminat tidak bersetuju dengan penganugerahan ini. Namun begitu, memandangkan penganugerahan ini adalah berdasarkan undian peminat, kepopularan permainan Overwatch adalah faktor penting yang menentukan kemenangan mereka.

Laporan jualan suku pertama Activision-Blizzard memperlihatkan jualan permainan Overwatch telah melebihi 1 billion dolar membuktikan bahawa permainan tersebut amat popular di serata dunia.

Leave a Comment

%d bloggers like this: