Miramar – Nama Rasmi Dan Sedikit Perincian Peta Gurun PlayerUnknown’s Battlegrounds Didedahkan

Miramar,  itulah nama bagi peta berasaskan gurun untuk permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds. Menurut penmbangunnya, peta ini direka bertentangan dengan rekaan bagi Erangel, peta asal PUBG. Miramar tidak mempunyai kawasan hutan dan semak samun dan mempunyai kawasan bandar yang lebih padat.

Rupa bumi yang unik dan kawasan urban yang lebih padat ini akan menyebabkan beberapa strategi yang sering digunakan di Erangel kini tidak lagi boleh digunapakai di sini. Peta Miramar akan tiba bersama sama dengan tamatnya program akses awal PUBG iaitu versi 1.0 kelak.

Baca Juga :   PUBG Dedah Perancangan Tahun 2018 - Peta, Senjata, Emote, Kenderaan Baharu Dan Banyak Lagi

Leave a Comment

%d bloggers like this: