Florida Mayhem – Pasukan Liga Overwatch Milik Misfits Diperkenalkan Secara Rasmi

Penjenamaan semula pasukan pasukan Liga Overwatch kini hampir lengkap dengan pengenalan kepada pasukan ke-11 iaitu Florida Mayhem. Pasukan Milik organisasi Misfits itu telah memeilih warna kuning dan merah dimana warna kuning melambangkan bandar Florida ‘The Sunshine State’ yang terkenal dengan pantainya. Warna merah pula diambil daripada warna rasmi organisasi Misfits.
Logo yang digunakan oleh pasukan ini pula adalah gabungan daripada sebuah bom dan pokok palma. Ia melambangkan cara permainan pasukan itu yang mengemparkan (explosive playstyle) dan pokok pokok palma di sepanjang pantai Florida.
Florida Mayhem turut sama telah memperkenalkan barisan pemain mereka iaitu :
- Johan “CWoosH” Klingestedt
- Tim “Manneten” Bylund
- Kevin “TviQ” Lindström
- Andreas “Logix” Berghmans
- Sebastian “Zebbosai” Olsson
- Aleksi “Zuppehw” Kuntsi
- Vytis “Mineral” Lasaitis – Jurulatih
Sumber : Misfits / Overwatch League