SK Gaming Tewaskan Virtus Pro Untuk Juarai Epicenter Saint Petersburg 2017
Pasukan CS:GO Virtus Pro gagal mengikut jejak langkah pasukan Dota 2 mereka apabila gagal menewaskan pasukan SK Gaming di perlawanan kahir kejohanan Epicenter CS:GO Saint Petersburg 2017.
Pasukan SK Gaming muncul juara kejohanan itu menewaskan pasukan VP dengan keputusan 3-2. Namun begitu, perlawanan akhir tersebt berlangsung sengit apabila kedua dua pasukan saling memenangi siri perlawanan sebelum paskan SK Gaming memenangi siri terakhir yang membenarkan mereka menjulang piala kejohanan.
Sebagai juara, SK Gaming akan membawa pulang hadiah wang berjumlah USD250,000 (~RM1 Juta).
Peta | SK Gaming | Virtus Pro |
Mirage | 10 | 16 |
Inferno | 16 | 6 |
Train | 19 | 16 |
Cache | 12 | 16 |
Cobblestone | 22 | 18 |