Overwatch

Dallas Fuel Umum Sembilan Orang Pemain Mereka Bagi Musim Pertama Liga Overwatch

3 tahun lalu

Dallas Fuel Umum Sembilan Orang Pemain Mereka Bagi Musim Pertama Liga Overwatch

Dallas Fuel telah memuat-naik sebuah video mengesahkan barisan pemain mereka untuk musim pertama Liga Overwatch yang bakal bermula pada awal Januari kelak.

Pasukan yang dimiliki oleh Team Envy itu mengesahkan bahawa bekas pemain pasukan Overwatch mereka akan kekal untuk bermain dibawah nama Dallas Fuel. Ke-enam enam pemain tersebut adalah Timo “Taimou” Kettunen, Jonathon “HarryHook” Tejedor Rua, Sebastien “Chipshajen” Widlund, Christian “Cocco” Jonsson, Hwang “Effect” Hyeon, dan Pongphop “Mickie” Rattanasangchod.

Baca Juga :   Kenali 8 Pasukan Baharu Di Liga Overwatch - Jenama, Pemilik Dan Pemain

Pasukan ini akan diperkuatkan dengan tiga lagi orang pemain baharu iaitu Brandon “Seagull” Larned, Scott “Custa” Kennedy, dan Félix “xQc” Lengyel. Dengan sembilan orang pemain itu, Dallas Fuel akan mewakili bandar Dallas, Texas, Amerika Syarikat menentang 12 lagi pasukan lain di musim pertama Liga Overwatch.

Sumber : Dot Esports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments