PUBG

BattlEye Gantung Hampir 25 Ribu Orang Pemain PUBG Sehari

3 tahun lalu

BattlEye Gantung Hampir 25 Ribu Orang Pemain PUBG Sehari

Lebih 2 juta orang pemain pada satu satu masa. Lebih 15 juta sainan telah terjual. Itulah kehebatan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds yang berjaya menjadi permainan terhangat pada tahun 2017 ini. Perkembangan permainan ini masih berlaku dengan kadar yang pantas terutamanya dengan limpahan pemain baharu dari China.

Namun begitu, dengan jutaan pemain baharu yang hadir dari China, permainan PUBG kini dilanda dengan masalah terbaru iaitu lambakan pemain yang menggunakan aplikasi penipuan. Perisian anti aplikasi penipuan yang digunakan oleh PUBG, BattlEye melaporkan bahawa lebih 322,000 orang pemain telah digantung dari permainan itu pada awal Oktober lalu dan kini hampir 25,000 pemain digantung sehari.

BattleEye turut sama memaklumkan kebanyak pemain yang digantung ini adalah dari negara China. Akibat daripada ini, ramai pemain lainnya berasa marah kerana terlalu kerap berjumpa dengan penipu semasa bermain. Dengan tarikh pelancaran umum yang semakin hampir, BlueHole sebagai pembangun harus pantas mencari penyelesaian terhadap masalah ini. Jika perkara ini berterusan, tidak mustahil ramai pemain akan mula meninggalkan permainan ini dan mencari alternatif lain seperti permainan Fortnite.

Over 322,000 cheaters have been banned from PUBG so far, more than twice as many as posted by @PLAYERUNKNOWN just a month ago.

— BattlEye (@TheBattlEye) October 13, 2017

We have banned nearly 25K PUBG cheaters within the last 24 hours. And no, we don't like such numbers at all.

— BattlEye (@TheBattlEye) October 22, 2017

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments