Dota 2

Valve Lancar Dokumentari True Sight : The International 2017 Finals

3 tahun lalu

Valve Lancar Dokumentari True Sight : The International 2017 Finals

Valve hari ini memuat-naik episod terbaru siri dokumentari dota 2 iaitu True Sight. True Sight Episod 2 ini mengisahkan tentang perlawanan akhir kejohanan The International 2017 antara pasukan Newbee dan Team Liquid.

True Sight merupakan sebuah siri dokumentari Dota 2 yang dihasilkan oleh Valve bagi memaparkan perkara yang terjadi di sebalik tabir. Kedua dua siri yang telah dihasilkan ini menumpukan perjalanan sesebuah pasukan di dalam sebuah kejohanan.

Pada siri sebelum ini, Valve memilih untuk memaparkan perjalanan dua buah pasukan iaitu Evil Geniuses dan Fnatic dalam usaha mereka untuk melayakkan diri ke kejohanan The Kiev Major. Dokumentari ini memaparkan bagaimana komunikasi, masalah, serta keadaan sesebuah pasukan semasa bertanding. Ia memberikan peminat pandangan yang lebih jelas mengenai pemain dan  perkara yang terjadi di sebalik tabir dunia profesional Dota 2.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments