Dota 2

Newbee Terima Jemputan Terus Ke Kejohanan Bertaraf Minor – AMD Sapphire Dota Pit

4 tahun lalu

Newbee Terima Jemputan Terus Ke Kejohanan Bertaraf Minor – AMD Sapphire Dota Pit

Finalis The International 2017, pasukan Newbee kini telah diumumkan sebagai penerima jemputan terus ke kejohanan AMD Sapphire Dota Pit Minor. Ini merupakan kejohanan kedua Newbee sebagai penerima jemputan terus selepas ESL One Hamburg 2017.

Sebagai pemenang tempat kedua di kejohanan Dota 2 paling berprestij, Newbee sudah pasti menjadi pasukan pilihan sebagai penerima jemputan terus terutamanya pada kejohanan kejohanan di awal musim ini. Pasukan itu juga mengekalkan barisan pemain mereka untuk musim 2017/2018 tanpa melakukan sebarang perubahan menyebabkan penganjur berasa yakin dengan kekuatan pasukan mereka.

AMD Sapphire Dota Pit akan berlangsung pada 2 sehingga 5 November ini di Split, Croatia. Ia merupakan kejohanan bertaraf Minor dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD 300,000 (~ RM1.2 Juta).

Sumber : Newbee