Dota 2

Team Liquid Hasilkan Dokumentari Khas Mengisahkan Perjalanan Mereka Untuk Menjuarai The International 2017

3 tahun lalu

Team Liquid Hasilkan Dokumentari Khas Mengisahkan Perjalanan Mereka Untuk Menjuarai The International 2017

Juara The International 2017, Team Liquid hari ini telah memuat-naik sebuah video teaser mengenai dokumentari berkisarkan perjalanan pasukan Dota 2 mereka menghadapi kejohanan TI7. Pada bulan Ogos lalu, Team Liquid mempamerkan persembahan hebat melalui pusingan lower bracket kejohanan The International untuk akhirnya muncul sebagai juara kejohanan menewaskan pasukan Newbee.

Sebagai juara, pasukan yang dibarisi oleh GH, Miracle, Matumbaman, Mind Control dan Kuroky itu membawa pulang hadiah sebesar $10,862,683 (~RM42 Juta). Pasukan itu juga mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang berjaya menyapu bersih perlawanan akhir tersebut semenjak The International diperkenalkan. Doumentari ini dijangka akan didedahkan pada penhujung bulan September ini.

 
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments