CSGO

Lewat Ke Perlawanan Akhir, Terpaksa Gugur Siri Pertama Perlawanan – Immortals Dituduh Berparti Malam Sebelumnya

3 tahun lalu

Lewat Ke Perlawanan Akhir, Terpaksa Gugur Siri Pertama Perlawanan – Immortals Dituduh Berparti Malam Sebelumnya

Pasukan North Menjulang Piala Kejohanan – Foto : Dreamhack

DreamHack ASTRO Open di Montreal berakhir dengan situasi yang mengecewakan selepas salah sebuah daripada pasukan yang bertanding gagal tiba ke perlawanan akhir pada masa yang telah ditetapkan.

 Pada perlawanan akhir diantara pasukan Immortals dan North itu, sebilangan pemain bagi pasukan Immortals gagal tiba ke lokasi pertandingan pada masa yang telah ditetapkan. Akibat daripada itu, pihak Dreamhack telah menghukum pasukan tersebut dengan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan North bagi siri pertama perlawanan.

Pasukan Immortals berjaya mempersiapkan pasukan mereka bagi siri kedua perlawanan namun pasukan North berjaya memenangi siri kedua tersebut sekaligus memenangi perlawanan akhir yang diadakan dalam format terbaik antara tiga siri itu. Pasukan North memperoleh $50,000 sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Sementara itu, pada masa yang sama, terdapat tuduhan bahawa pemain bagi pasukan Immortals telah berparti pada malam sebelum perlawanan akhir tersebut sekaligus menyebabkan kelewatan mereka. Pihak Immortals menafikan tuduhan tersebut namun tidak memerikan penjelasan lanjut mengenai kelewatan mereka.

Sumber : Dreamhack

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments