Dota 2

SEA Inhouse League – Liga Dota 2 Bagi Mereka Yang Mahukan Suasana Bermain Yang Lebih Mesra

4 tahun lalu

SEA Inhouse League – Liga Dota 2 Bagi Mereka Yang Mahukan Suasana Bermain Yang Lebih Mesra

Bagi anda yang kerap bermain Dota, sudah pasti anda pernah bermain dengan pemain yang berkelakuan teruk semasa di dalam permainan. Dengan pelbagai bangsa dan bahasa, server Dota 2 di Asia Tenggara agak terkenal dengan jumlah pemain berkelakuan teruk dan saling gagal memahami antara satu sama lain.

SEA Inhouse League merupakan sebuah liga yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih baik kepada ahlinya. Hal ini dikecapi dengan mengadakan sebuah liga yang dikendalikan dan dikawal oleh sebilangan moderator.

Terdapat beberapa peraturan dikuatkuasakan dengan tujuan menghalang pemain daripada berkelakuan teruk semasa bermain. Pemain yang didapati melanggar peraturan akan dikeluarkan dan dihalang daripada menyertai liga ini.

Bagi anda yang mahu menyertai liga ini, ianya terbuka kepada kesemua pemain tanpa mengira MMR. Maklumat lanjut mengenai liga ini boleh didapati di laman Discord SEA Inhouse League .