Dota 2

RodjER & Crystallize Lengkapkan Pasukan Dota 2 Natus Vincere

3 tahun lalu

RodjER & Crystallize Lengkapkan Pasukan Dota 2 Natus Vincere

Natus Vincere hari ini mengumumkan barisan pemain bagi pasukan Dota 2 mereka untuk musim kompetitif akan datang. Dua orang pemain baharu telah ditambah bagi mengantikan Pajkatt dan Biver yang meninggalkan pasukan itu pada awal bulan Ogos lalu.

Dua orang pemain tersebut adalah Vladislav “Crystallize” Krystanek dan  Vladimir “RodjER” Nikogosyan. RodjER yang akan memegang posisi 4 merupakan bekas pemain bagi pasukan Empire yang sebelum ini berjaya memperoleh tempat ke 7/8 pada kejohanan The International 2017 lalu.

Crystallize pula merupakan seorang pemain muda yang akan bermain di posisi carry. Beliau sebelum ini bermain bagi pasukan Double Dimension. Pada masa yang sama, Alexander “XBOCT” Dashkevich pula akan kekal menjadi jurulatih bagi pasukan ini.

Natus Vincere Dota 2 :

  • Vladislav “Crystallize” Krystanek
  • Danil “Dendi” Ishutin
  • Viktor “GeneRaL” Nigrini
  • Vladimir “RodjER” Nikogosyan
  • Akbar “SoNNeikO” Butaev
  • Alexander “XBOCT” Dashkevich (Jurulatih)
Sumber : Natus Vincere
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments