CSGO

Epicenter St. Petersburg Diumumkan – Kejohanan CSGO dengan Hadiah Sebesar RM1.2 Juta

4 tahun lalu

Epicenter St. Petersburg Diumumkan – Kejohanan CSGO dengan Hadiah Sebesar RM1.2 Juta

Selepas memuat-naik video teaser mengenainya semalam, Epic Esports Evets kini telah mengumumkan kejohanan keempat Epicenter iaitu Epicenter St. Petersburg secara rasminya. Kejohanan kali ini adalah untuk permainan CSGO dan menawarkan jumlah hadiah sebesar USD 500,000 (~RM1.2 Juta).

Kejohanan ini akan diadakan di Yubileyny Sports Palace bermula pada 28–29 Oktober ini. Pusingan kelayakan terbuka hanya akan diadakan di tiga rantau iaitu CIS, Eropah dan Amerika. Dua pasukan telah diumumkan menerima jemputan terus ke kejohanan ini iaitu SK Gaming dan Astralis.

Baki pasukan yang akan menerima jemputan terus akan di umumkan pada 10 September kelak. Seperti mana kejohanan Epicenter sebelum ini, MediaMarkt dan Yota akan menjadi rakan kerjasama bagi menganjurkan kejohanan ini.

Sumber : Epicenter

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments