Clutch Gamers Umum Barisan Pemain Bagi Musim Kompetitif Dota Akan Datang
Pasukan yang berpangkalan di Malaysia, Clutch Gamers hari ini mengesahkan barisan pemain bagi skuad Dota 2 mereka untk musim kompetitif akan datang. Pasukan itu kini dibarisi oleh Jeyo, Boombacs, Bokerino, Armel dan Mac.
Pasukan itu sebelum ini bermain dengan baik bagi musim kompetitif 2016 – 2017 namun gagal melayakkan diri ke kejohanan The International 2017. Mereka berjaya memenangi beberapa kejohanan seperti ProDotA Cup Southeast Asia dan DOTA Summit 7 – SEA Qualifier.
Sumber : Clutch Gamers