PUBG

PUBG Dedah Gambar Teaser Bagi Peta Gurun Permainan Itu

3 tahun lalu

PUBG Dedah Gambar Teaser Bagi Peta Gurun Permainan Itu

Brendan “PlayerUnknown” Greene, pengarah kreatif bagi permainan PlayerUnknown’s Batteground telah mendedahkan pandang pertama bagi peta gurun terbaru permainan itu di acara Gamescom. Beliau turut memuat-naik gambar teaser bagi peta tersebut menerusi akaun Twitternya.

Menerusi gambar yang dimuat-naik, peta gurun ini dilihat akan menyertakan sebuah bandar yanga agak padat dan mempunyai bangunan yang lebih tinggi berbanding dengan peta asal, Erangel. Dengan penambahan peta yang lebih padat ini, permainan dijangka akan lebih rancak dan mendebarkan.

ICYMI I revealed an early WIP look at the city on our new @PUBATTLEGROUNDS desert map at my @gamescom keynote! pic.twitter.com/9TE3nxj8T1

— PLAYER @ GAMESCOM (@PLAYERUNKNOWN) August 23, 2017

Namun begitu, maklumat lengkap mengenai peta ini masih belum didedahkan. Greene sendiri baru baru ini menyetakan bahawa pelancaran sebarang peta baru akan mengambil masa berbulan dari sekarang.

Di acara Gamescom juga sedang berlangsungnya acara kompetitif PUBG pertama iaitu Gamescom PUBG Invitational. Acara ini disertai oleh beberapa organisasi esukan ternama seperti Team Liquid, Cloud9, Team SoloMid dan Luminosity.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments