Esukan Overwatch

Amerika Syarikat dan United Kingdom Melengkapkan Senarai Pasukan Bagi Kejohanan Piala Dunia Overwatch 2017

3 tahun lalu

Amerika Syarikat dan United Kingdom Melengkapkan Senarai Pasukan Bagi Kejohanan Piala Dunia Overwatch 2017

Senarai negara yang akan bertarung di Kejohanan Piala Dunia Overwatch 2017 kini lengkap selepas tamatnya pusingan kelayakan terakhir di Santa Monica. United Kingdom dan Amerika Syarikat melengkapkan dua slot terakhir itu dengan menewaskan lawan masing masing pada pusingan suku akhir.

Amerika Syarikat menewaskan pasukan Jerman dengan keputusan 3-0. Kedua dua pasukan mara ke pusingan playoff tersebut selepas memperoleh kedudukan dua terbaik di peringkat kumpulan. Dua buah lagi pasukan yang mara adalah United Kingdom dan Taiwan. Perlawanan kedua dua pasukan ini turut sama berakhir dengan keputusan 3-0 memihak kepada United Kingdom.

United Kingdom dan Amerika Syarikat akan menyertai 6 buah lagi pasukan di Kejohanan Piala Dunia Overwatch di Acara Blizzcon, November ini. 6 pasukan tersebut adalah Korea Selatan, Kanada, Sweden, Australia, China dan Perancis yang melayakkan diri melalui pusingan kelayakan di Shanghai, Sydney dan Katowice.

Kejohanan Piala Dunia Overwatch 2017 akan berlangsung di Anaheim Convention Center, California bersempena dengan acara Blizzcon pada  4 dan 5 November 2017.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments