Dota 2 Esukan

Pajkatt dan Biver Meninggalkan Natus Vincere

4 tahun lalu

Pajkatt dan Biver Meninggalkan Natus Vincere

Foto : NaVi

Selepas kembalinya XBOCT ke pasukan Natus Vincere sebagai jurulatih, kini perubahan pasukan itu berterusan dengan perginya Per Anders ‘Pajkatt’ Olsson Lille dan Malthe ‘Biver’ Winther. Pengumuman itu dilakukan oleh Navi secara rasmi menerusi laman web rasmi mereka.

Pasukan itu kini hanya mempunyai tiga orang pemain sahaja. NaVi turut mengumumkan bahawa mereka sedang mencari pemain baharu dan akan mengumumkannya selepas tamatnya The International 2017 kelak.

Pasukan Dota 2 NaVi :

  • Danil ‘Dendi’ Ishutin
  • Victor ‘GeneRaL’ Nigrini
  • Akbar ‘SoNNeikO’ Butaev
I am very grateful for my time with @natusvincere. I learned a lot and grew as a player! I wish them all the best moving forward 🙂

— Malthe Winther (@BiverDota) July 31, 2017

thank you @BiverDota and @PajkattDota for great time together . Wish you all the best .

— Danil Ishutin (@DendiBoss) July 31, 2017


Sumber : Natus Vincere