Esukan Overwatch

Singapura Umum Pemain Baru Bagi Pasukan Overwatch World Cup Mereka

4 tahun lalu

Singapura Umum Pemain Baru Bagi Pasukan Overwatch World Cup Mereka

Jawatankuasa Overwatch bagi negara Singapura telah mengumumkan barisan pemain baru bagi pasukan mereka yang akan bertanding pada pusingan kelayakan Overwatch World Cup 2017. Barisan pemain ini memperlihatkan gabungan pemain baru dan lama. Antara pemain lama di dalam pasukan ini adlah Zest dan Jungeunji daripada  Team Elvellon. Mereka pernah menyertai kejohanan Lion City Esports Cup  dan mendapat tempat kedua kejohanan.

Pasukan ini akan menyertai pusingan kelayakan piada dunia Overwatch dan akan bertemu dengan pasukan dari Rusia, Kanada dan Turki di dalam kumpulan F.

Barisan Pemain Pasukan Singapura.

  •  Harley “JUNGEUNJI” Ng (DPS)
  •  Wayne “NeonTears” Neo (DPS)
  •  Benjamin “Zest” Seet (Tank)
  •  Jared “rageoftofu” Chew (Tank)
  •  Muhammad “AJEN” Nazryn (Support)
  •  Haikael “Cup” Ong (Support)