CSGO Esukan

Gambit Esports, Immortals – Finalis PGL Major Kraków 2017

4 tahun lalu

Gambit Esports, Immortals – Finalis PGL Major Kraków 2017

Pasukan Immortals menyingkirkan pasukan pilihan Virtus.Pro dengan kemenangan 2-0. Pada siri pertama yang dimainkan pada peta Inferno, Immortals dengan mudah menguasai siri tersebt dan mengakhirinya dengan keputusan 16 –  5. Virtus.Pro cuba bangkit pada siri kedua di peta Mirage, namun Immortal membuktikan bahawa slot di perlawanan akhir itu milik mereka. Siri kedua tersebut berakhir dengan keputusan 16 – 11.

Slot kedua di perlawanan akhir menjadi milik pasukan Gambit Esports yang menewaskan pasukan Astralis. Siri pertama di peta Overpass menjadi milik Gambit yang dengan keputusan 16 – 10. Astralis tidak mudah mengalah dan berjaya mencuri siri keduua perlawanan. Siri yang dimainkan pada peta Inferno itu berkahir dengan keputusan 16 – 8. Gambit akhirnya mengesahkan kemaraan mereka dengan memenangi siri terakhir di peta Train dengan keputusan 16 – 12.