CSGO

SK Gaming Kekal Tahkta Kejuaraan ESL One Colonge

3 tahun lalu

SK Gaming Kekal Tahkta Kejuaraan ESL One Colonge

Kejohanan ESL One Colonge 2017 berakhir dengan juara bertahan, pasukan SK Gaming mengekalkan gelaran juara mereka selepas memenangi kejohanan ini pada tahun 2016 lalu. SK Gaming dengan bergaya menewaskan pasukan Cloud9 dengan keputusan bersih 3-0.

Perlawanan terbaik daripada 5 siri itu memperlihatkan tiga peta terpilih sebagai medan pertempuran iaitu peta Cobblestone, Train dan Inferno. Kejuaran ini juga merupakan kejuaraan bertaraf Major ketiga bagi pasukan dari Brazil itu untuk thuun 2017.

Namun begitu, pasukan itu akan didenda setelah menyalahgunakan masa jeda teknikal (Technical pause/timeout) untuk berbincang mengenai strategi. Menurut peraturan, pemain adalah dilarang untuk bercakap semasa masa jeda teknikal sedang berlangsung. Akibat daripada itu, jumlah hadiah mereka akan dikurangkan dan diberikan kepada 15 pasukan lain yang menyertai kejohanan itu.

Sumber Gambar : ESL

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments