Dota 2 Esukan

Perlawanan All Star Di The International 2017 Tawar Hadiah $100,000

4 tahun lalu

Perlawanan All Star Di The International 2017 Tawar Hadiah $100,000

Dalam kemaskini terbaru Dota 2 hari ini, Valve mengumumkan perlawanan All Star yang menawarkan hadiah wang sebanyak $100,000 dolar Amerika. Pemain bagi perlawanan All Star ini akan ditentukan melalui undian.

Pemilik kepada Battle Pass boleh memilih 10 orang daripada lebih 90 pemain yang akan menyertai The International 2017 bagi menyertai perlawanan itu. Selain daripada perlawanan All Star, kemaskini terbaru itu juga membawakan pek kad pemain kepada pemilik Battle Pass. Pemilik Battle Pass boleh mengumpulkan pek kad pemain dan boleh menggunakannya di liga fantasi.

Baca Juga :   Farming Simulator Bakal Mengadakan Liga Esukan Tersendiri Dengan Hadiah Melebihi RM1 Juta

Selain itu, pemilik battle pass juga boleh memilih pek yang telah lengkap sebagai paskan pilihan dan menerima kesan teleportasi khas, kad profil, emotikon pasukan dan bentang effigy.

Sumber ; Dota 2

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments