Esukan Overwatch

Evil Geniuses Gugur Pasukan Overwatch Mereka

4 tahun lalu

Evil Geniuses Gugur Pasukan Overwatch Mereka

Selepas Fnatic, Ninjas In Pyjamas, Dignitas dan Splyce, organisasi terbaru yang mengundurkan diri dari liga kompetitif Overwatch adalah Evil Geniuses. Selepas gagal melayakkan diri ke liga Overwatch Contenders, pasukan Overwatch itu kini dilepaskan secara rasmi.

Evil Geniuses mengambil alih pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai East Wind itu pada bulan April yang lalu. Pihak Evil Geniuses turut mengumumkan bahawa mereka akan kembali pada arena Overwatch kelak apabila liga itu lebih berkembang dan stabil.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments