Dota 2 Esukan Valve

The International 2017 : Jadual Bagi Peringkat Kelayakan Terbuka

3 tahun lalu

The International 2017 : Jadual Bagi Peringkat Kelayakan Terbuka

Faceit, organisasi yang mengendailkan peringkat kelayakan terbuka bagi kejohanan esukan terbesar Dota 2, The International kini telah memuat-naik jadual bagi peringkat kelayakan tersebut. PEringkat kelayakan terbuka ini akan diadakan pada rantau rantau utama iaitu Eropah, CIS, Asia Tenggara, Amerika Utara, dan Amerika Selatan.

Pemain boleh menyertai peringkat kelayakan ini dengan 4 rakan lain bagi membentuk sebuah pasukan atau menyertainya bersendirian dan akan digabungkan dengan peserta solo yang lain. Bagi pesertaa berkumpulan, tiada pernggunaan pemain simpanan dibenarkan. Berikut merupakan jadual bagi pusingan peringkat kelayakan pertama The International 2017.

Hari 1 –  22 Jun

Eropah
Check-in: 15:00 CEST
Waktu mula: 17:00 CEST

CIS
Check-in: 16:30 MSK / 14:30 CEST
Waktu mula: 18:30 MSK / 16:30 CEST

SEA
Check-in: 16:00 SGT / 09:00 CEST
Waktu mula: 18:00 SGT / 11:00 CEST

Amerika Utara
Check-in: 15:00 CDT / 22:00 CEST
Waktu mula: 17:00 CDT / 00:00 CEST

Amerika Selatan
Check-in: 15:00 PET / 21:00 CEST
Waktu mula: 17:30 PET / 23:30 CEST

Kesemua perlawanan adalah didalam format terbaik bagi 1 siri (BO1).

Hari 2 – 23 Jun

Eropah
Waktu mula: 16:00 CEST

CIS
Waktu mula: 16:00 MSK

SEA
Waktu mula: 16:00 SGT

Amerika Utara
Waktu mula: 16:00 CDT

Amerika Selatan
Waktu mula: 16:00 PET

Pusingan 16 Terbaik (BO1). Pusingan 8 Terbaik (BO1), Semi-Final (BO3), Final (BO3).

Berikut merupakan jadual bagi peringkat kelayakan kedua The International 2017

Hari 1 – 24 Jun

Eropah
Check-in: 15:00 CEST
Waktu mula: 17:00 CEST

CIS
Check-in: 16:30 MSK / 14:30 CEST
Waktu mula: 18:30 MSK / 16:30 CEST

SEA
Check-in: 16:00 SGT / 09:00 CEST
Waktu mula: 18:00 SGT / 11:00 CEST

North America
Check-in: 15:00 CDT / 22:00 CEST
Waktu mula: 17:00 CDT / 00:00 CEST

South America
Check-in: 15:00 PET / 21:00 CEST
Waktu mula: 17:30 PET / 23:30 CEST

Kesemua perlawanan adalah didalam format terbaik bagi 1 siri (BO1).

Hari 2  – 25 Jun

Eropah
Waktu mula: 16:00 CEST

CIS 
 Waktu mula: 16:00 MSK

SEA
Waktu mula: 16:00 SGT

Amerika Utara
Waktu mula: 16:00 CDT

Amerika Selatan
Waktu mula: 16:00 PET

Pusingan 16 Terbaik (BO1). Pusingan 8 Terbaik (BO1), Semi-Final (BO3), Final (BO3).

Selain daripada peringkat kelayakan terbuka, pihak Faceit juga akan menganjurkan peringkat kelayakan “Champions Qualifier” dimana hanya beberapa pasukan akan dijemput boleh bermain agi pusingan kelayakan ini. Pusingan ini akan bermula pada 21 Jun. Untuk menyertai peringkat kelayakan ini, anda boleh layari laman rasmi FACEIT.

Sumber : FACEIT

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments