Playstation

Video Aksi Bagi Mod Permainan Multiplayer Call of Duty : WWII Diperlihatkan

3 tahun lalu

Video Aksi Bagi Mod Permainan Multiplayer Call of Duty : WWII Diperlihatkan

Selepas peperangan di masa depan Infinite Warfare, siri terbaru Call of Duty kini kembali ke Peperangan Dunia Kedua dengan permainan Call of Duty : World War II. Sony memperlihatkan gameplay bagi mod permainan multiplayer Call of Duty : WWII pada acara E3 2017 sebentar tadi.

Trailer penuh aksi itu memaparkan pertarungan jarak dekat, serangan menggunakan flame thrower sepertimana permainan klasik Call of Duty. Permainan Multiplayer ini akan hadir dengan 5 pilihan
divisyen yang membolehkan pemain memilih divisyen yang mereka mahu dan skill dan jenis senjata yang mereka mahir gunakan.

Ia. juga akan hadir dengan mod permainan “War Mode” dimana pemain perlu bekerjasama dengan pemain lain dan bertarung sebagai sebuah pasukan melalui pelbagai objektif strategik yang tersedia.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments