CSGO Esukan

Intel Bekerjasama Dengan ESL – Umum The Intel Grand Slam Untuk CSGO Dengan Hadiah 1 Juta Dolar

4 tahun lalu

Intel Bekerjasama Dengan ESL – Umum The Intel Grand Slam Untuk CSGO Dengan Hadiah 1 Juta Dolar

Intel dan ESL hari ini mengumumkan kerjasama terbesar dalam sejarah ESL dan Intel secara rasmi akan menjadi Global Technical Partner untuk ESL. Sebagai rakan kerjasama ESL, Intel akan membekalkan peralatan seperti komputer dan pemproses kelas tinggi untuk setiap kejohanan yang dianjurkan ESL. Antara kejohanan yang akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini adalah :

Intel Extreme Masters
ESL Pro League
ESL One events
ESL National Championships
Grassroots platforms
— ESEA
— ESL Play
The new Intel eSports Arenas
— Former ESL studios EU
— Former ESL studios Burbank

Selain daripada itu, Intel dan ESL turut mengumumkan The Intel Grand Slam bagi CSGO. The Intel Grand Slam menawarkan hadiah tambahan sebanyak $1,000,000 dolar kepada pasukan yang berjaya memenangi empat kejohanan daripada sepuluh kejohanan dengan hadiah $200,000 dolar yang dianjurkan oleh ESL dan Dreamhack.

Baca Juga :   Senarai Lapan Pasukan Yang Dijemput Terus Ke Kejohanan Major ESL One Katowice Kini Lengkap

Kejohanan pertama yang akan termasuk didalam The Intel Grand Slam ini adalah ESL One Cologne 2017. Namun begitu, mana mana pasukan yang berjaya memenangi tiga kejohanan namun gagal memenangi kejohanan keempat mereka, lawan pasukan itu pada kejohanan keempat akan dihadiahkan dengan hadiah tambahan sebanyak $100,000 dolar kerana berjaya menhalang mereka daripada memenangi The Intel Grand Slam.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments