PC Playstation Xbox

Ubisoft Perkenal Assasin’s Creed : Origins Secara Rasmi

3 tahun lalu

Ubisoft Perkenal Assasin’s Creed : Origins Secara Rasmi

Ubisoft hari ini memperlihatkan secara trailer dan gameplay bagi siri terbaru Assasin’s Creed iaitu Assassin’s Creed : Origins. Pada siri terbaru ini, pemain akan memainkan watak Bayek, salah seorang assassin’s di dunia terbuka yang bertempat di Mesir untuk meneroka dunia purba Mesir, mencari rahsia di sebalik Piramid dan makam makam firaun, dan mennyiasat asal usul Assassin’s Brotherhood.

Assassin’s Creed : Origin akan memperkenalkan beberapa abiliti seperti menggunakan helang untuk meninjau keadaan sekeliling dari udara, mengumpul senjata untuk mempertingkatkan armor dan koleksi senjata anda. Assasin’s Creed : Origins akan tiba untuk dimainkan pada 27 Oktober kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments