Xbox

Microsoft Umum Backward Compatibility Untuk Permainan Daripada Konsol Asal Xbox

4 tahun lalu

Microsoft Umum Backward Compatibility Untuk Permainan Daripada Konsol Asal Xbox

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menambah sokongan untuk Backward Compatibility bagi konsol asal Xbox. Program Backward Compatibility Microsoft diperkenalkan untuk membolehkan pemilik Xbox One memainkan perminan daripada konsol Xbox 360 mereka.

Kini program itu dikembangkan untuk menyokong permainan daripada konsol asal Xbox. Pemilik Xbox One kelak akan boleh memainkan permainan permainan klasik daripada konsol asal Xbox. Info lanjut berkaitan penambahan ini akan diumumkan kelak.