Dota 2 Esukan

Epicenter 2017 – Team Liquid Kekal Gelaran Juara

3 tahun lalu

Epicenter 2017 – Team Liquid Kekal Gelaran Juara

Epicenter

Team Liquid mengesahkan kejuaraan mereka di kejohanan Epicenter Mosocw 2017 buat kali kedua berturut turut selepas menewaskan pasukan Evil Geniuses. Kejohanan yang berlangsung di VTB Ice Palace, Moscow itu dianjurkan oleh  Epic Esports Events buat kali kedua selepas ia dianjurkan pada tahun 2016.

Perlawanan akhir yang berlangsung didalam siri lima terbaik itu memperlihatkan Team Liquid menguasai sepenuhnya siri pertama perlawanan apabila mengakhirinya dalam masa hanya 17 minit dan dengan keputusan 23 berbalas 1 kills.

Namun pasukan Evil Geniuses tidak mudah mengalah dan berjaya memenangi siri kedua perlawanan dengan memilih URsa dan Queen of Pain sebagai hero carry mereka. Siri tersebut tamat dengan keputusan 30 berbalas 8 kills memihak kepada pasukan Evil Geniuses.

Team Liquid mengesahkan keuaraan kedua mereka berturut turut selepas menguasai kedua dua siri seterusnya. Dengan hero ikonik Miracle- iaitu Invoker, mereka dengan mudah berjaya menguasai siri ketiga perlawanan. Siri keempat perlawanan juga dimenangi oeh Team Liquid sekaligus merangkul gelaran juara kejohanan Epicenter Dota 2 Moscow.

Dotabuff
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments