Xbox

E3 – Microsoft Perkenal Xbox One X – Beharga $499

4 tahun lalu

E3 – Microsoft Perkenal Xbox One X – Beharga $499

Konsol terbaru daripada Microsoft, Xbox One X diperkenalkan secara rasmi di acara E3 hari ini. Konsol Xbox One X akan mula dipasarkan pada 7 November kelak di seluruh dunia. Diberi nama Project Scorpio semasa ia dibangunkan, konsol flagship daripada Microsoft ini hadir dengan pelbagai komponen berpretasi tinggi seperti CPU lapan teras dengan kelajuan 2.3GHz, 12GB GDDR5 RAM dan GPU dengan 40 unit pemprosesan Radeon  berkelajuan 1172 MHz – pemproses grafik dengan kuasa sebanyak 6 teraflop.

Kesemua aksesori dan permainan daripada konsol Xbox One juga disahkan sesuai untuk digunakan pada Xbox One X. Walaupun memfokuskan pada permainan 4K, pemilik paparan 1080p juga akan menerima penambahbaikan dengan teknologi supersampling, high dynamic range (HDR) dan Dolby Atmos. Xbox One X juga akan menyertakan pemain Bluray beresolusi 4K. Xbox One X akan dijual pada harga $499 (+-RM 2130).