PC Playstation Xbox

E3 – In The Name of Tsar – DLC Terbaru Battlefield 1

3 tahun lalu

E3 – In The Name of Tsar – DLC Terbaru Battlefield 1

EA di E3 2017 turut mengumumkan DLC terbaru bagi permainan Battlefield 1 iaitu In The Name of Tsar. DLC ini akan membawakan kempen bagi battalion wanita semasa peperangan dunia pertama di Rusia. DLC ini akan tiba untuk dimainkan pada September ini.

DLC terbaru ini turut akan membawakan 6 peta tambahan, senjata baharu seperti Mosin-Nagant M91 dan Grenade Russian Standard 1912 dan pasukan wanita Rusia, The Women’s Battallion of Death. Mod permainan baru turut akan hadir bersama sama dengan DLC ini yang dipanggil Supply Drop. Suply Drop merupakan mod permainan dimana pemain akan menyertai mod permainan pantas di peperangan dunia pertama di Rusia. Ketika bertarung, kapal terbang akan menjatuhkan bekalan kepada pasukan yang mempunyai pelbagai bekalan untuk pemain menewaskan musuh.
 EA turut memperlihatkan sedikit info tentang mod permainan kompetitif bagi permainan tersebut yang akan diperlihatkan pada acara Gamescom pada bulan Ogos kelak.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments